Quantcast
Channel: zina – Ustaz Love Menulis…
Viewing all 13 articles
Browse latest View live

Soal Jawab : Dibayangi Dosa Terlanjur

$
0
0

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada En. Telanjur :

salam Ustaz, saya pernah beberapa kali berzina sebelum ni dan ketika itu saya tidak pernah kesal dengan dosa yang saya lakukan. tetapi baru- baru ni saya sekali lagi melakukan maksiat tetapi kali ni bersama teman wanita saya (perempuan baik). saya sangat sedih kerana tidak mampu memelihara kehormatan orang yang saya paling sayang, lantas saya bertaubat dan berikrar tidak akan mengulangi dan pernah berdoa kepada Allah sekiranya saya melakukan lagi saya mohon tuhan Allah bala kepada saya. astaffirullahhalazim…ketika itu saya betul2 hilang pedoman. tetapi malangnya selepas beberapa bulan saya melanggar janji saya dengan Allah dengan melakukan pekara yang sama.
- ustaz tolong la saya ustaz, apa yang perlu saya buat nie takde tempat lagi saya nk berkonsi …saya sering dibayangi dosa2 itu dan yang paling saya takutkan jika Allah menurunkan bala kepada saya. saya sgt berharap ustaz dpt beri pertunjuk apa yang harus saya lakukan..harap ustaz dapat respon diemail saya…terima kasih.

Pertamanya, kalaulah boleh Ustaz Love tanyakan (tapi Ustaz Love tak harapkan jawapan.. sbb soalan2 sebegini biasanya touch n go.. sang penanya tak sanggup nak berinteraksi lebih lanjut), kenapa tak bernikah? Kalau kita lapar, kita buat la kerja banyak2 ke, lompat katak 10 round ke atau tido sampai lembik ke, takkan menghilangkan kelaparan tu.. sbb kelaparan itu hanya boleh dihilangkan dengan makan. Maka carilah makanan untuk menghilangkan kelaparan.

Begitu juga dalam bab nafsu ni. Nangis la sampai penuh air mata 7 tempayan, atau berjanjilah setinggi langit dan bumi untuk menahan nafsu, ia takkan tertahan, apatah lagi dihilangkan.. sbb manusia ni lahir dengan nafsu.. dan nafsu seks adalah salah satu daripadanya. Jadi, isunya di sini bukanlah bagaimana nak menghilangkan nafsu, sebaliknya bagaimana nak menyalurkan nafsu itu ke jalan yang dibenarkan agama.

Kita hidup ni berpandukan ajaran agama.. bukannya seperti haiwan asal jumpa je sang betina, kat tepi jalan tu jugak dihentamnya. Jadi, sebagai makhluk yg mulia bernama manusia, beragama Islam lagi, sewajarnya kita memikirkan perkara ini.. betapa para penzina ini sebenarnya lagi teruk daripada haiwan, kerana haiwan dikurniakan nafsu tanpa akal, sedangkan manusia dikurniakan akal untuk mengawal nafsunya. Jika diturutkan nafsu sampai mengabaikan akal yg waras, maka apa bezanya dengan haiwan? Ustaz Love bukanlah sewenang2nya nak melabelkan sesiapa pun sebagai haiwan, tapi semata2 menyampaikan apa yg Allah nyatakan di dalam al-Quran :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raf : 179)

Binatang ternak (al-An’am) itu lebih bodoh daripada binatang liar, sbb mereka tak mampu nak mencari makanan sendiri kecuali bergantung kepada tuannya untuk memberikan makanan.. itulah perumpamaan yg sangat buruk bagi mereka2 yang mengabaikan ajaran agama ini. Allah dah beritahu dlm al-Quran, Nabi s.a.w. dah tunjukkan panduan, para alim ulamak dah sampaikan pesanan.. tapi manusia masih lagi degil. Sekurang2nya binatang ternak yg bodoh itu pun mematuhi dan bergantung harap pada tuannya, jadi selayaknya manusia yg ingkar pada Tuhannya itu diletakkan lebih rendah daripada haiwan ternakan.

Ustaz Love takde nak rasa kesian pun pada perempuan ‘baik’ yg saudara ceritakan.. kerana kalaulah beliau itu wanita baik, nescaya beliau akan menjaga dirinya daripada berzina dengan lelaki seperti saudara.. tetapi, bukanlah Ustaz Love mengatakan wanita itu jahat.. siapalah Ustaz Love untuk melabelkan manusia ni..

Cuma, Ustaz Love sekadar ingin menasihatkan saudara dan cuba memberi jalan bagi saudara meninggalkan perbuatan zina tersebut.

Jika saudara berkemampuan, maka berkahwinlah dengan wanita itu.. sebelum itu, sama2lah memperbaharui taubat dan berusaha untuk mengekalkannya dengan cara menjauhkan diri daripada terjebak lagi dalam perbuatan zina. Bertaubatlah selagi punya masa.. jangan sampai Allah cabut nyawa masa tengah melakukan maksiat, masa tu satu sen pun dah takde gunanya.. apatah lagi satu rupiah.

Tamatkan segera drama perzinaan ini.. berkahwinlah walau apa juga keadaan saudara sekarang..

Jika saudara masih tak mampu (mungkin akan lebih mudarat jika berkahwin), maka saudara tinggalkanlah wanita2 yg sama2 berzina dgn saudara itu. Pergilah berhijrah ke tempat baru dan mulakanlah hidup baru. Dekatkan diri dengan masjid dan peliharalah solat.. insyaAllah, bila saudara memelihara solat dengan sempurna (secara berjemaah), Allah akan memperbaiki hati dan akhlak saudara sehingga saudara akan lebih mencintai kebajikan dan pahala dan membenci maksiat serta dosa.

Jangan putus harap dengan rahmat Allah.. sebesar mana pun dosa yang dilakukan oleh manusia, ketahuilah bahawa keampunan Allah itu lebih besar lagi. Yang penting, kita kena berusaha dengan penuh takut (kalau2 Allah tak terima taubat dan amalan kita) disamping berharap agar Allah menerima amal dan taubat kita.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saudara dalam jihad meninggalkan perbuatan dosa ini.. insyaAllah, amin.

WA


Soal Jawab : Meninggalkan Kekasih Kerana Tidak Sanggup Bergelumang Dengan Zina

$
0
0

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Ali :

As-salam
ustaz,sy mau bertanya..sy pernah melakukan zina dan ingin bertaubat. sy benci dan menyesal atas perbuatan sy dahulu..sy ada melakukan solat taubat.sy telah meninggalkan kekasih sy 2 tahun yang lepas kerana sy tidak mahu terus melakukan zina. sy sgt lemah ustaz.bila bersama dgnnya mesti sy akan melakukan perbuatan terkutuk ini. sy telah minta maaf dari kekasih sy atas perpisahan ini..dan die memaafkan sy..persoalan sy,adakah keputusan sy meninggalkan die ini betul?atau pun sy wajib menikahi die?bagaimana kalau sy jumpe orang len yg masih dara dan menikahinye tanpa memberitahu kisah silam sy?apa hukumnye..tolong ustaz..sy benar2 keliru..

Jelas nampak keazaman pada perlakuan saudara bila saudara dengan beraninya bertindak meninggalkan kekasih tersebut.. Jika dilihat kembali kepada kaedah untuk bertaubat, tindakan saudara itu memang tepat apabila bertindak meninggalkan punca terjadinya maksiat itu. Maksud Ustaz Love di sini, bukanlah nak kata yang kekasih itu sebagai punca saudara melakukan maksiat (sbb maksiat perzinaan ini takkan berlaku sendiri2.. perlukan 2 orang untuk dikatakan zina), sebaliknya jika saudara masih lagi berhubungan dengan kekasih itu, maka kemungkinan untuk saudara terus bergelumang dengan perzinaan itu tetap ada (berdasarkan cerita saudara di atas).

Zina ni adalah perlakuan seks (ye la.. takkan makanan plak) yang diharamkan.. seks cuma menjadi halal dengan jalan pernikahan.. bila melakukan seks dalam keadaan tak bernikah, maka itulah yg dinamakan zina. Oleh sebab seks ini merupakan sesuatu yang bersifat ketagihan (maksudnya akan diulang2 berkali2), maka zina itu juga bersifat dengan sifat ketagihan.. sekali buat, pasti nak lagi.. tak kira la sama ada dah ada pasangan yg sah (suami atau isteri), jika dah ketagih untuk berzina, tetap akan dicari juga jalannya untuk berzina (sama ada dengan mencari pelacur, membuat hubungan sulit dsb). Sebab itu, ia sangat memerlukan keazaman serta keinsafan yang tinggi untuk meninggalkannya.. sama keadaannya macam penagih dadah.. setakat terfikir nak tinggal, memang susah nak tinggal.. kena buktikan keazaman nak tinggalkan dengan cara masuk pusat pemulihan, mengalami sakit menahan ketagihan dsb.. insyaAllah, bila dah bersih maka akan lebih mudah untuk melupakan terus.

Bila saudara dah buat keputusan untuk meninggalkan perbuatan zina ini, maka ia merupakan langkah pertama untuk melakukan perubahan.. diteruskan dengan saudara bertindak meninggalkan pasangan zina.. maka langkah saudara yg seterusnya akan menjadi lebih mudah.. tetapi, sebagai manusia yang mempunyai sifat belas kasihan dan rasa tanggungjawab, tak dapat tidak, pasti akan terfikirkan kesan daripada perbuatan meninggalkan kekasih tersebut.. tambahan lagi, beliau seorang wanita.. aibnya lebih besar berbanding lelaki..

Jadi, saudara kena tentukan sendiri perasaan saudara.. adakah saudara mencintai wanita itu? Ataupun saudara cuma tergoda dengannya, atau terjebak dalam perangkapnya.. atau bagaimana? Ustaz Love tak pandai nak meneka.. cuma bila melihat kepada kenyataan saudara yang membayangkan untuk menikahi orang lain yang masih anak dara, nampak macam saudara tak berapa cintakan bekas kekasih itu. Jika begitulah keadaannya, adalah lebih baik saudara terus memandang ke depan tanpa menoleh2 lagi ke belakang.. tinggalkan terus segala kenangan hitam saudara termasuk bekas kekasih itu. Lupakan beliau dan mulakan hidup baru.. Saudara tak wajib untuk menikahinya, kerana zina ini adalah atas kerelaan dua pihak.. sebab itu jika dikenakan hukum hudud, maka kedua2nya kena disebat 100 sebatan.. dan bukannya pihak lelaki saja (walaupun pihak lelaki yg memulakan atau memecahkan dara dsb).

Jika saudara mencintai beliau, maka Ustaz Love tak nampak adanya halangan yang menyebabkan saudara tidak sanggup untuk bernikah dengannya (melainkan mungkin beliau seorang kaki penzina yang berzina dengan ramai orang). Jadi, jika di hati masih ada cinta, ikatlah dengan tali pernikahan.. selepas itu, sama2lah melayari bahtera perkahwinan dengan penuh rasa tanggungjawab.. insyaAllah, rahsia silam saudara dan bekas kekasih itu dapat disimpan kemas2 dalam lipatan sejarah.

Seandainya saudara ingin mendapatkan anak dara untuk dinikahi, itu hak saudara.. tiada hukum yang menghalang anak teruna untuk berkahwin dengan anak dara mahupun mak janda.. mungkin dengan pernikahan bersama seseorang yang baru dalam hidup saudara, akan dapat membantu saudara melupakan kisah silam serta membantu saudara untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Tak perlu saudara ceritakan kisah silam saudara, kerana seorang Muslim itu wajib menjaga aibnya dan aib saudaranya.. Jika saudara membuka cerita aib itu, bukan saudara seorang saja yang malu, bahkan bekas kekasih itu juga akan mengalami kemaluan yang sama.. bahkan mungkin lebih teruk lagi.. Bila dah bertaubat, maka lupakan segala kisah silam.. tak perlu menceritakannya atas dasar ingin nampak gentleman, jujur dsb.. biarlah soal dosa itu, kita dan Allah saja yang menyelesaikannya (melalui jalan taubat). Untuk penjelasan lebih lanjut, Ustaz Love cadangkan saudara membaca entry ini juga..

Dalam menyelesaikan kekeliruan ini, adalah lebih baik saudara meminta petunjuk daripada Allah dengan cara melakukan solat istikharah.. Mohon semoga Allah menunjukkan jalan terbaik bagi saudara untuk keluar daripada masalah ini.. jangan terlalu ikutkan perasaan (spt kesian pada bekas kekasih).. kerana jika perasaan kesian itu dah hilang, maka rumahtangga saudara sendiri juga yang akan berantakan. Biarlah jelas segala niat, agar segala tindakan selepas itu dapat didasarkan kepada niat yang betul dan jelas.

Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan segala urusan dan memberikan jalan keluar yang terbaik buat saudara.. insyaAllah amin..

WA

Soal Jawab : Menerima Gadis Yang Tiada Dara

$
0
0

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yg memakai gelaran ‘lelaki ini’..

Salam ustaz,

Saya ada teman wanita yang saya sudi menerimanya untuk saya berkahwin dengannya. Tetapi, saya baru dapat tahu kebenaran terhadap zaman silam beliau bahawa beliau telah melakukan zina bersama lelaki dan berkemungkinan telah hilang dara dan telah dirogol oleh rakannya secara paksa dan berkemungkinan besar kehilangan daranya buat kali kedua. Saya keliru tentang apa yang saya patut buat bersama beliau atau terimanya dengan hati yang terbuka. Ustaz, minta tolong jelaskan kenyataan saya.

Wassalam

Sebelum Ustaz Love meneruskan entry ini, ingin Ustaz Love jelaskan satu perkara. Dara itu hanyalah sejenis selaput dan akan hilang pada kali pertama berlakunya persetubuhan. Tidak ada istilah hilang dara kali kedua.. tetapi yang ada hanyalah istilah diragut kehormatan. Mungkin istilah ni lebih sesuai berbanding istilah kehilangan dara buat kali kedua. Pelik sangat bunyinya..

Ustaz Love tak pasti dah berapa lama saudara mengenali teman wanita itu. Dan berapa lama pula beliau menyembunyikan perkara itu sebelum berterus-terang dengan saudara. Persoalan di sini bukanlah pada kejujuran dan keikhlasan beliau untuk berterus-terang itu, sebaliknya motif di sebalik penceritaan beliau tentang kisah zina dan perkosa itu. Ustaz Love bukanlah nak bersangka buruk dengan beliau. Ustaz Love sekadar ingin saudara berhati2 agar tak terjebak dalam perkara yang tak diingini.

Sesungguhnya, saudara lebih mengetahui akan akhlak teman wanita itu berbanding Ustaz Love sendiri yang tak pernah mengenali beliau. Ustaz Love sekadar boleh membantu memberikan panduan2 umum, selebihnya saudara sendiri yang akan membuat penilaian terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan yang bakal mengubah kehidupan saudara.

Orang beriman itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama 2x.. kalau dalam peribahasa Melayu ia disebut sebagai pisang yang takkan berbuah 2x (walaupun kita boleh makan pisang berkali2).. mungkin kes pertama itu berbeza daripada kes kedua (satu kes zina, satu lagi kes rogol), tapi jalan berlakunya perkara itu tetap sama, iaitu melalui hubungan seks.. tak kira la sama ada dengan rela atau secara paksa. Dari satu sudut, ia sangat berbeza (kalau ikut undang2, perogol yg akan dikenakan hukuman dan bukannya mangsa rogol), tapi bukan itu yang Ustaz Love nak timbulkan di sini. Ustaz Love lebih suka nak fokus pada punca berlakunya kejadian itu berbanding memfokuskan pada kisah hitam yang dialami oleh wanita tersebut.

Kes berkaitan salahlaku seks ini terlalu banyak punca2 yang boleh menyebabkan berlakunya perkara tersebut. Antara yang paling biasa adalah disebabkan pergaulan bebas yang dah tentunya melibatkan masalah akhlak. Seorang wanita yang berakhlak baik, tidak akan membiarkan dirinya bergaul bebas dengan lelaki bukan mahram.. tak kira la atas nama kawan ke, rakan sekerja ke, sepupu yang rapat ke dsb. Jika mereka memahami betapa bahayanya pergaulan bebas ini, nescaya mereka akan takut untuk berada di kalangan lelaki lebih daripada takutnya mereka berada di kalangan buaya. Jika kita dimakan oleh buaya, maka kita cuma akan mati dan takkan dipersoalkan di akhirat nanti tentang kematian kita (kecuali kalau kita sengaja terjun ke kolam buaya untuk membunuh diri dengan cara yg paling sadis). Sebaliknya, jika kita mati dalam keadaan bergelumang dengan zina (tidak bertaubat), maka urusan kita masih lagi belum selesai dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Berbalik pada kes saudara..

Pada pandangan saudara sendiri, sejujurnya, adakah saudara meyakini teman wanita itu (berdasarkan pandangan mata zahir) telah berubah dan bertaubat daripada dosa silamnya? Saudara boleh cuba tepuk2 dada dan melihat secara mendalam akan perkara ini. Sekalipun firasat manusia itu tak selalunya betul, namun manusia itu diberikan keupayaan untuk menilai secara zahir. Jika saudara meyakini akan perubahannya, maka seperti yang selalu Ustaz Love jelaskan sebelum2 ni, tiada masalah untuk saudara menerima teman wanita itu sebagai pasangan hidup. Tak penting pandangan orang lain sbb bukan mereka yang nak hidup dengan wanita tersebut. Semuanya bergantung pada kehendak hati saudara sendiri.

Ustaz Love sangat menyarankan agar saudara mengambil langkah yang sangat berhati2 dalam menangani perkara ini.. agar hati saudara dan hati teman wanita itu sama2 dapat dijaga. Kita tak tahu hakikat sebenarnya. Saudara sendiri pun cuma mengetahui tentang peristiwa hitam itu melalui lidah teman wanita itu sendiri, yang tetap ada kemungkinan faktanya diselewengkan..

Cerita tentang pisang berbuah dua kali itu adalah sisi negatif pandangan Ustaz Love.. bagi Ustaz Love, jika seseorang itu telah bertaubat daripada perbuatan zina, insyaAllah dia akan menjaga dirinya daripada terjebak dalam perkara itu sekali lagi.. walaupun pada kali yang lain, beliau mengatakan dipaksa melakukan hubungan seks (rogol). Ini kerana, jika beliau dapat menjaga diri daripada lelaki2 buaya dengan menjauhkan diri daripada mereka, nescaya beliau akan terselamat daripada kejahatan mereka.. kecualilah jika kejadian rogol itu berlaku dalam tempat yang sepatutnya selamat bagi beliau (spt dalam rumah, pejabat dsb) ataupun dikhianati dengan cara dimasukkan ubat tido dalam minuman dsb..

Berdasarkan cerita saudara yang beliau dirogol oleh rakannya sendiri, pada pandangan Ustaz Love, beliau masih lagi belum dapat menjaga batas pergaulan.. sehingga terjadinya kes rogol itu.. ataupun ada kemungkinan juga beliau menggunakan alasan dirogol untuk nampak betapa kesiannya beliau yang menjadi mangsa.. Ustaz Love bukanlah nak bersangka buruk, tetapi Ustaz Love cuba memberikan situasi pilihan yang paling buruk yang mungkin berlaku.

Biasa je berlaku dalam dunia nyata, para wanita menyatakan diri mereka dirogol untuk meraih simpati pasangannya.. sedangkan hakikatnya, mereka bukan dirogol, sebaliknya berzina. Ada juga yang lebih berani mengancam untuk melaporkan kes rogol sekiranya pasangannya itu meninggalkannya atau tidak mahu berkahwin dengannya. Jadi, berhati2lah wahai lelaki.. Jangan sekali2 menyentuh hati wanita sekiranya tidak berhajat memperisterikannya. Kalau tak nanti, kena terima la apa saja yang berlaku disebabkan kuasa ‘kelembutan’ wanita.

Tak dapat tidak, saudara kena lakukan solat istikharah.. minta petunjuk daripada Allah, adakah pilihan saudara ini terbaik buat kehidupan saudara dunia dan akhirat. Jangan letakkan cinta manusia di depan, kelak nanti kita akan dibutakan daripada melihat kebenaran. Allah saja yang lebih mengetahui hakikat sebenar kehidupan lalu teman wanita itu.. Dekatkanlah diri dengan Allah dengan melakukan ibadah2 sunat seperti solat, puasa, sedekah dsb dan berdoa semoga Allah memudahkan urusan jodoh saudara sekiranya teman wanita itu adalah jodoh yang terbaik buat saudara. Dalam membuat keputusan berkaitan masa depan (terutama pemilihan wanita2 yg bakal menjadi ibu kepada anak2), ketepikan dulu perasaan cinta ke, simpati ke dsb.. Pilihlah dengan tepat, agar perasaan cinta yang bakal ditumpahkan nanti akan kena pada tempatnya.. Umpama kuah masak lemak tertumpah ke nasik, menjadikan nasik yang tawar itu sedap dimakan.. berbanding kuah yang tertumpah ke lantai, kucing pun tak lalu nak menjilatnya..

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan petunjuk kepada saudara dalam membuat pilihan. Jangan tergesa2 dalam berjodoh, takut nanti tak sampai ke syurga..

WA

Soal Jawab : Terlanjur Dan Dituduh Mencabul

$
0
0

assalamualaikum…

saya pernah terlanjur…perempuan tu baru berusia 15 tahun…saya berumur 18 tahun…kami buat hubungan seks atas dasar suka same suka…sebelum nie mak ayah si perempuan nie pernah serang kerumah saye disebabkan konon nye saye nie telah mengugut gambar bukan2 anak mereka…kes nie bermula dpd sekolah kerana orang ketiga masuk campur…orang yang ketiga maksud saye adalah si lelaki yg sukakan awek saye tu telah mengada adakan cerita kepada pihak sekolah bahawa saye telah mengugut gambar tersebut…disebabkan perkara tu pihak sekolah telah menghubungi keluarga perempuan tu untuk bercakap tentang perkara tu…apabila keluarga si perempuan tahu tentang benda nie malam tu mereka telah serang kerumah saye…niat mereka serang malam tu adalah untuk berbincang dgn ayah saye dan saye supaya delete gambar anak mereka…gambar tu memang x pernah wujud pon sebenarnye…tapi yang menjadikan masalah nye tuan punye badan ( maksud saye perempuan tu ) dan lelaki tu telah mengada ada kan cerita bahawa gambar tu wujud…tiba satu ketika lagi saye dapat tahu bahawa awek saye telah wat hubungan dgn lelaki yg ketiga tu…lpas tu si perempuan telah mengadakan cerita bahawa saye telah mencabul dye…si perempuan tu telah bercerita dgn pihak sekolah..apabila pihak sekolah tahu mereka telah wat satu laporan ( laporan kepada penolong kanan sekolah dan tunggu mase jew untuk dihantar kepada pihak polis ) mengenai kes nie tanpa pengetahuan keluarga perempuan tersebut…saya cuba berbincang dgn keluarga mereka tapi gagal kerana keluarga sebelah perempuan xnak berbincang mengenai perkra yg sebenar..keluarga belah si perempuan nie cuma aggap kes ugut gambar tu dah ditutup dan xnak panjang2 kan cerita kononnye sebab xnak malu….tapi keluarga si perempuan x tahu bahawa anak mereka telah menjalinkan hbungan seks dgn lelaki yg ketiga tu…keluarga perempuan tu pon x tahu mengenai laporan yg dibuat oleh anak mereka terhadap pihak sekolah..kalau mereka tahu mungkin mereka malu…saye cuma x faham kenapa awek saye berpaling tadah terhadap saye…awek saye curang terhadap saye sampai sgup melepaskan diri sendri dan tuduh n fitnah saye yg bukan2…mungkin awek saye tu terlepas dpd mulut buaya mcm saye tapi dye akan masuk ke mulut naga…saye nak bertanggungjawab terhadap dye…saye xnak dye wat bertambah sosial ( contoh wat seks dgn lelaki tu ) ..saye takot bila saye bercerita kepada family si perempuan tu tentang perkara yg sebenar mereka x percayakan ape yang saye cakap ( mane la tau anak mereka yg si perempuan tu tetap bercakap saye cabul dye ) …saye takot bila family keluarga perempuan tu wat repot polis tentang kes cabul tu…(kami terlanjur suka same suka ) …tapi perempuan tu hanye nak selamatkan diri dia sorang jew…perempuan tu x sedar dia akan tambahkan lagi masalah apabila berhubungan dgn lelaki tu…ape kah tindakan yang saye patot lakukan ustaz love???…tolong saye….

-Khilaf-

Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ini, Ustaz Love nak ajukan satu persoalan. Apakah masalah sebenar saudara? Masalah zina kah? Atau masalah ditinggalkan kekasih kah? Atau masalah dtuduh mencabul kah? Atau masalah tak dapat nak menerima hakikat kah? Atau apakah? Banyak plak persoalan.. sebenarnya ia bermula dengan satu persoalan pokok.. Saudara nak apa sebenarnya?

Dalam usia yang terlalu muda (18 tahun.. mungkin baru habis sekolah atau masih bersekolah di tingkatan enam) tak dapat dinafikan kurangnya ilmu dan pengalaman akan menyebabkan kita jadi buntu bila ditimpa masalah. Ustaz Love gunakan perkataan ‘kita’ itu untuk menunjukkan yang Ustaz Love juga pernah menghadapi umur muda, dan bukanlah nak perasan yang Ustaz Love masih lagi remaja. Masa muda, banyak tindakan yang kita buat dengan terburu2.. berpandu dengan emosi dan nafsu. Bila dah terjebak, kita plak tak tahu macam mana caranya nak keluar daripada masalah yang kita sendiri ciptakan itu. Bila kita bertindak, kita dah rasa macam orang yang dah cukup dewasa.. tapi bila tindakan kita itu mendatangkan masalah, kita akan berasa diri seperti budak2 yang tak tahu nak buat apa. Itulah yang dinamakan remaja.

Remaja ini adalah separuh kanak2 dan separuh dewasa. Sebab tu kebiasaan kita nampak mereka ni tubuh macam orang dewasa, tapi pemikiran masih lagi macam kanak2 terutamanya remaja lelaki. Minat main robot, baca komik, suka mengusik orang dsb yang memperlihatkan mereka seolah2 seperti kanak2 yang terperangkap dalam tubuh orang dewasa. Walaupun dari sudut undang2 kemanusiaan mereka dianggap sebagai juvana (dibicarakan sebagai kanak2 dan tak dihukum sebagai orang dewasa), namun dalam agama, sebaik saja mereka mencapai akil baligh, mereka akan dianggap dewasa dan menerima taklif (tanggungjawab) sebagai orang yang dewasa. Kalau berzina, akan kena sebat. Kalau mencuri, boleh dipotong tangan dsb.

Berbalik kepada kes adik ni..

Ustaz Love lebih suka menganggap diri sebagai abang berbanding ayah, kerana abang itu tak jauh beza zaman dengan adiknya. Berbeza dengan ayah yang dah tentu zamannya dengan zaman anaknya itu sangat berbeza. Juga kerana usia Ustaz Love yang masih lagi muda (nak jugak tu..kihkih).

Seks tak kira sama ada secara rela atau secara paksa, ia tetap dikira jenayah dalam agama sekiranya dilakukan sebelum bernikah. Berbeza dengan undang2 manusia, hanya seks yang dipaksa sahaja yang dianggap sebagai jenayah. Seks secara sukarela tidak dianggap jenayah kecuali jika dilakukan terhadap pasangan yang dianggap berada bawah umur matang (bawah 18 tahun). Jadi, dalam kes saudara ni, jika disabitkan dengan kesalahan, saudara boleh dihukum maksimum 20 tahun penjara dan sebatan sebab saudara dikira merogol gadis bawah umur, sekalipun ia dilakukan secara sukarela.

Ustaz Love pernah berborak dengan seorang pakcik yang meluahkan perasaan pasal anak lelakinya diperangkap dan ditahan reman dalam penjara selama 3 tahun (sebab takde duit nak bayar jamin.. jaminan kes rogol ni biasanya tinggi). Kesnya lebih kurang la.. sebab keluarga remaja perempuan tu dah tahu pasal hubungan mereka, keluarga itu membuat laporan polis yang anaknya dirogol. Sementara nak menunggu kes dibicarakan, sempat la merengkok dalam penjara beberapa tahun. Itulah hakikat undang2 dunia. Seolah2nya hukuman dah dijatuhkan dulu sebelum dibicarakan dan ditentukan sama ada bersalah atau tidak. Tapi tak boleh nak buat apa la, sebab terlalu banyak kes jenayah kat Malaysia ni. Jadi, nak dapatkan tarikh perbicaraan tu memang akan memakan masa.

Tak mudah untuk membuktikan seseorang itu bersalah.. apatah lagi dengan pertuduhan rogol yang memerlukan bukti yang kuat. Cuma yang sakitnya, semasa nak menunggu tempoh perbicaraan itu, ia memakan masa yang agak lama. Kalau nasib baik keluarga nak jamin keluar, alhamdulillah. Tapi kalau keluarga pun dah takde duit (mana nak bayar duit peguam lagi), terpaksalah menunggu dalam penjara.

Sebab itulah, sebelum membuat apa2 tindakan, fikirlah dulu sedalam2nya. Alangkan orang yang tak bersalah pun boleh ditahan reman lama2 dalam penjara, inikan pula yang dah sememangnya bersalah. Itu belum masuk bab hukuman sebatan yang sangat memedihkan (lebih dahsyat berkali ganda berbanding hukuman sebatan yang digariskan dalam agama). Ustaz Love bukanlah bertujuan nak menakut2kan saudara tentang perkara ini, sebaliknya ingin mengajak para pembaca yang lain juga untuk mengambil iktibar dan berhati2 agar tidak terjebak dalam situasi sebegini. Cukuplah dengan satu saja kesalahan, menyebabkan kita dihukum untuk sepanjang hidup kita atas dunia ni.

Soalan yang Ustaz Love tanyakan di atas adalah untuk saudara sendiri menjawab dan merenunginya. Apakah kehendak saudara sebenarnya? Saudara nampak serabut sangat sehingga mengimpikan banyak perkara, sedangkan tak semua yang saudara inginkan itu saudara akan dapat.

Pada pandangan Ustaz Love sebagai orang luar ni, sebaiknya saudara lepaskanlah perempuan itu dengan rela hati. InsyaAllah, separuh daripada masalah saudara akan selesai. Sebab yang menjadi masalah sekarang ni, bila saudara masih lagi menaruh harapan yang perempuan itu akan kembali kepada saudara, sedangkan jelas nampak yang perempuan itu dah tak sukakan saudara. Dan saudara pula memberatkan fikiran dengan memikirkan nasib perempuan itu yang mungkin akan lebih bermasalah jika meneruskan hubungan dengan kekasih barunya. Kenapa nak beratkan kepala fikir pasal orang lain sedangkan masalah sendiri pun tak selesai lagi? Sebab itulah ada peribahasa (atau pepatah.. atau apa2 je la), “Biarkan Si Luncai terjun dengan labu2nya”.. Biarkanlah perempuan itu tanggung sendiri risiko tindakannya.. bukan kita yang menentukan nasib orang lain, sebaliknya kita cuma bertanggungjawab untuk mengubah nasib diri sendiri.

Persoalan zina, ia telah pun berlaku. Walau apa pun yang saudara cuba lakukan, ia takkan mengubah hakikat yang saudara sememangnya telah berzina (sekalipun saudara menggunakan terma ‘terlanjur’ untuk nampak macam sopan sket). Jika disabitkan kesalahan dalam hukum Islam, saudara wajib dikenakan hukuman sebat 100 kali. Saudara mungkin selamat sebab hukum hudud tak dikuatkuasakan dalam perundangan negara, tetapi saudara masih belum terselamat dengan pertuduhan rogol bawah umur sekiranya pihak sekolah meneruskan hasrat untuk melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa. Ia tak memerlukan izin keluarga untuk melaporkan kes rogol bawah umur ni.. bila ada yang melaporkan, maka pihak berkuasa akan melakukan siasatan. Kalau bukti cukup kuat, mereka akan teruskan dengan pendakwaan di mahkamah.

Saudara boleh berlaku jujur dengan menceritakan perkara itu kepada keluarganya / kepada pihak sekolah, tetapi saudara mungkin akan terpaksa menerima akibat tindakan saudara (bukan akibat bercakap jujur, tapi akibat kesilapan perlakukan zina tersebut) yang mungkin akan menyebabkan saudara menanggung kesalahan itu seumur hidup. Ustaz Love bukanlah nak mengajar saudara menipu, tetapi saudara pertimbangkanlah baik buruk tindakan yang saudara nak ambil. Mana satu yang lebih mudaratnya, mana satu yang kurang mudaratnya. Jika dengan berterus-terang itu akan menyebabkan mudarat yang lebih besar (seperti dipenjarakan bersama penjenayah2 besar, dibuang keluarga, dibuang sekolah dsb), maka lebih baiklah saudara menyembunyikan aib tersebut.

Yang lebih penting daripada memikirkan sama ada nak berterus-terang atau nak menyembunyikan perkara itu adalah berusaha untuk taubat nasuha itu sendiri. Kesalahan zina ini termasuk dalam hak Allah. Manusia tiada hak untuk mengampunkan atau menukarnya kepada hukuman yang lain. Jadi, saudara bertaubatlah dan mohonlah keampunan Allah. Semoga Allah ampunkan saudara dan menyelamatkan saudara daripada azab akhirat yang dah tentunya lebih dahsyat dan pedih berbanding azab dunia ini.

Dekatkanlah diri dengan Allah, dengan cara menjaga amalan fardhu serta memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, puasa, membaca al-Quran, bersedekah dsb. Tinggalkan terus perempuan tu dan jangan buat apa2 hubungan pun.. dikhuatiri saudara akan terus bergelumang dengan perbuatan zina bila berhubung kembali dengan pasangan zina. Dan saudara buatlah persediaan mental dan rohani. Berdoalah banyak2 kepada Allah semoga tidak berlaku apa yang saudara risaukan selama ini.

Perjalanan hidup saudara masih jauh lagi. Saudara tak perlu susah payah nak perah otak memikirkan kenapa perempuan itu meninggalkan saudara.. dan tak perlu nak pening2 untuk bertanggungjawab sebab saudara sendiri pun masih bergantung hidup dengan mak ayah. Apa yang perlu saudara lakukan adalah fokus kepada pelajaran. Dunia ini sebenarnya luas. Jangan sempitkan dunia saudara kepada alam persekolahan saja. Bila saudara masuk universiti nanti, saudara akan jumpa lebih ramai aweks yang lebih cun dan lebih baik daripada perempuan yang meninggalkan saudara itu. Bila saudara dah bekerja nanti, lagi ramai perempuan yang saudara akan jumpa sampai tak tahu mana satu nak pilih (itu kalau saudara hensem dan berharta la.. kalau tak, terpaksa la saudara terima apa adanya..kihkih).

Ustaz Love doakan semoga Allah memelihara saudara daripada sebarang perkara yang tak diingini.

WA

Soal Jawab : Kahwin Paksa

$
0
0

ustaz,ape yg ssorg lelaki itu prlu buat klu dipaksa oleh ibu bapa untuk berkahwin dgn prmpuan yg dia x cintai ats sbb dia prlu brtggungjawab ats prkara yg dia x lkukan..lelaki itu dituduh mnyentuh/merogolnya oleh prmpuan trsebut ttpi hkikatnya tdk same sekali..prmpuan trsbut tkut mngaku kslhnnye lalu mnyalhkn si lelaki yg lgsung tiada kaitan..tambahan mereka masih dlm umur bwh 18 prlukah dye ikut khendak ibu bapanya?x brdosakah kawin paksa?..mohon penjelasannya..

- Anonymous.

Kes kahwin paksa ni agak jarang berlaku dalam masyarakat sekarang. Ia biasa berlaku dalam masyarakat dulu (seperti yang digambarkan dalam filem seperti Ibu Mertuaku, Ibu Mertuamu dan Ibu Mertuanya.. sesuka hati je Ustaz Love tambah2..kihkih). Zaman dulu kebanyakan anak2 terpaksa menyerahkan persoalan jodoh kepada ibu bapa disebabkan pilihan yang terhad.. Anak perempuan biasanya membesar di dapur, anak2 lelaki plak membesar di ladang, laut, hutan dsb yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat zaman itu. Persoalan cinta jarang sangat dijadikan modal utama dalam sesebuah perkahwinan.. Asal ibu bapa dah suka kepada seseorang itu, maka itulah jodoh anak2nya. Tapi ia lebih kerap berlaku kepada para wanita disebabkan pergaulan mereka yang tak bebas. Peluang tak banyak untuk menskodeng jejaka idaman.. habis2, minat kat jiran sebelah rumah..

Zaman sekarang ni, proses pencarian jodoh sangat terbuka luas. Wanita dan lelaki bujang sama2 mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dan bertemu di ruangan terbuka. Duduk dalam rumah pun masih boleh menggunakan teknologi untuk bertaaruf dan bergaul dengan orang ramai. Ibu bapa juga telah terbuka minda dengan membiarkan anak2 memilih jodoh sendiri yang disukai (ada yg menapisnya, ada yg terima bulat2). Jadi, isu kahwin paksa agak jarang diperkatakan, kecuali boleh dilihat dalam drama2 dan sinetron Indonesia (yg kebanyakannya ada kaitan dengan harta dan pangkat).

Kahwin paksa dan kahwin terpaksa adalah 2 perkara yang berbeza. Kahwin paksa itu mungkin saja disebabkan kita terpaksa menurut kehendak ibu bapa, sedangkan kahwin terpaksa itu lebih kepada menghindari mudarat daripada terjadi sekiranya kita tidak berkahwin dengan seseorang. Dalam kes saudara ni, Ustaz Love lebih cenderung melihatnya sebagai isu kahwin terpaksa.

Saudara sebenarnya boleh saja menolak kehendak ibu bapa untuk menikahi wanita yang saudara tidak cinta atau tak berkenan. Saudara tak perlukan wali pun untuk mewalikan saudara dalam pernikahan. Jadi, fungsi ibu bapa dalam perkahwinan seseorang anak lelaki hanyalah memberikan restu dan doa untuk kebahagiaan anaknya. Namun, untuk memaksa anak lelaki berkahwin dengan pilihannya, itu tak termasuk dalam bidang kuasanya.

Namun, pandangan orang tua ni selalunya lebih jauh daripada pandangan anak muda. Ibu bapa sebenarnya lebih mempercayai anaknya walaupun seluruh dunia tak mempercayainya.. sebab anak itu adalah zuriatnya. Ikatan dan tautan hati itu lebih kuat daripada orang lain.. Ustaz Love percaya, ibu bapa saudara bukanlah memaksa saudara menikahi wanita itu disebabkan mereka termakan tohmahan dan fitnah wanita itu, tapi disebabkan beliau sayangkan anaknya.

Bayangkan.. sekiranya saudara tidak menikahi wanita itu, ada kemungkinan wanita itu dan keluarganya rasa tak puas hati (keluarga wanita itu dah tentu mempercayai kata2 anak perempuannya seperti mana ibu bapa saudara mempercayai kebenaran saudara), dan melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Saudara boleh didakwa merogol memandangkan wanita itu masih lagi bawah umur. Jika berlaku perkara ini, dah tentu ibu bapa saudara akan sedih mengenangkan nasib anaknya yang akan dipenjara atas kesalahan yang mereka percaya tidak dilakukan.

Itu hanyalah sekadar teori Ustaz Love saja.. kalau saudara tak melakukan perkara durjana itu, tiada sebab saudara perlu rasa takut untuk menzahirkan kebenaran. Kecualilah jika bukti2 yang ada lebih condong untuk membuktikan yang saudara terlibat dengan perbuatan tersebut.

Saudara pertimbangkanlah mudarat mana yang lebih besar, dan pilihlah mudarat yang lebih ringan. Jika tak berkahwin, saudara mungkin akan dituduh merogol dan jika bukti mencukupi, mungkin saudara akan dipenjara dan disebat. Sebaliknya, jika saudara memutuskan untuk bernikah dengan wanita itu, mungkin hidup saudara tak bahagia.. namun, saudara masih punya jalan keluar iaitu talak. Jadi, pada pandangan Ustaz Love, mudarat jika saudara berkahwin dengan wanita itu adalah lebih ringan berbanding jika saudara dan keluarga terpaksa menanggung aib didakwa di mahkamah atas kes rogol dan berkemungkinan dipenjarakan.

Tiada istilah dosa jika kahwin secara terpaksa.. sbb perkahwinan itu sendiri adalah sunnah.. kecualilah jika perkahwinan itu dilakukan dengan tujuan untuk menjadikan saudara sebagai pak sanggup (untuk menasabkan anak dalam kandungan wanita itu kepada saudara – jika ada). Itu barulah haram dan berdosa kerana bersubahat atas perkara yang haram.

Apa pun, saudara berbincanglah baik2 dengan keluarga. Jangan terburu2 dalam membuat keputusan. Perjalanan hidup saudara masih panjang lagi. Dengarlah apa kata mereka dan nilailah dengan penilaian yang teliti. Mohonlah petunjuk daripada Allah agar ditunjukkan jalan keluar daripada masalah ini. InsyaAllah, dengan istikharah dan perbincangan keluarga, segala kekusutan akan dapat dihuraikan.

Seandainya ditakdirkan saudara terlepas daripada perangkap wanita itu, ambillah iktibar dengan bersungguh2.. jangan main2 dengan kelembutan wanita. Berapa banyak kerajaan dunia yang jatuh disebabkan wanita (tanpa menafikan berdirinya pemimpin dan tokoh dunia juga disebabkan wanita). Jauhilah diri daripada fitnah wanita.. banyakkan masa untuk memperbaiki diri dan menjadi seorang lelaki yang soleh.. insyaAllah, Allah akan hantar wanita yang solehah untuk berdamping dengan lelaki yang soleh.

Semoga Allah memudahkan segala urusan saudara.

WA

Soal Jawab : Kekasih Ingin Kembali Jika Ditinggalkan Kekasih Baru

$
0
0

aku lg best , kekasih aku bt dgn org lain , bg ksucian kt org lain . Xtau la nak ckp ape dah . Ape jenis mnusia la ad kt dunia skrg ni . Lepas 2 dye ckp still syg aku n kwn dye plk blh back up dye n ckp kt aku klu si laki yg bt dgn bekas kekasih aku 2 dh xnk kt dye pmpn 2 akn cri aku jugak sbb dye syg kt aku sgt2 . Npk sgt suh aku bhrp , xtau ke hati aku ni ngah hancur :’) . Klu dh syg kt aku xkn la sggp bt dgn org lain n dye ckp bnde 2 tbe2 trjadi cm2 je . Mudahnye bkate2.. Cube bg cdgn ape yg ptt sy bt tntg kes ni . Serius sikit eh bg cdgn 2 ^^

~a man :’)

Ni bukan sayang ni.. ini namanya tamak.. Yang tu nak, yang ni pun nak.. Apa dia ingat pempuan tu boleh kawen dengan 2 lelaki sekaligus ke? (amacam.. serius tak? :D )

Mudah cerita, pempuan macam tu bukanlah daripada jenis pempuan yang baik. Kalau belum ada apa2 ikatan pun, semudah itu je dia serahkan tubuh pada lelaki, apatah lagi bila dah kawen nanti. Kalau dia tak bertaubat sungguh2 dan meninggalkan perbuatan zina itu, percayalah, dia akan mengulanginya sekalipun dah berkahwin.

Banyak kes yang berlaku dalam masyarakat.. tak kira suami mahupun isteri orang, asal ada kesempatan je dia main sebat ikut suka. Alasan paling mudah, sebab tak puas dengan suami sendiri. Sebenarnya bukan tak puas dengan suami, tapi tak puas berzina. Yang halal ada, yang haram jugak nak dicuba.

Cadangan Ustaz Love.. saudara sendiri perkuatkanlah iman dan amal.. dan carilah wanita yang beragama.. tak semestinya kena cari Ustazah (sbb Ustazah ni hot stuff.. beratur orang isi borang nak masuk line).. tapi carilah yang menjaga agama. Jangan fokus sangat pasal kecantikan, sebab kalau dia mekap dalam rumah, lebih cantik daripada Siti Nurhalijah pun dia boleh buat.

Lagipun hidup kita ni bukannya lama mana pun.. nak serabut kepala buat apa memikir pasal beliau.

Pernah tak saudara terfikir yg situasi saudara ni seolah2 macam spare-tyre atau lebih mudah lagi macam lelaki simpanan.. Dia simpan saudara dengan cara memberi harapan palsu (kononnya kalau lelaki yg berzina dengannya itu tinggalkannya, maka dia akan kembali pada saudara). Tak rasa terhina ke dibuat macam tu?

Bayangkan, kata la suatu hari nanti lelaki tu tinggalkannya, dan dia balik kepada saudara.. saudara tak terfikir ke kemungkinan yg lelaki itu dengan terangkat2 kening senyum sumbing kepada saudara sambil mengatakan “ko amik bekas aku je.. jangan nak berlagak sangat”. Tak rasa tercabar ke?

Jadi, nasihat Ustaz Love.. lupakanlah wanita tu.. mula2 memang terasa sakit dan pedihnya membuat keputusan untuk melepaskan orang yg kita cinta.. namun, kita jangan fikirkan diri sendiri je.. kena fikir juga pasal zuriat yang bakal saudara hasilkan nanti.. seandainya wanita tu masih mengulangi tabiat lama, tak kesian ke tengok anak2 nanti?

Jangan percaya dengan kata2 selagi ia tidak dibuktikan dengan perbuatan.. sekalipun ada back-up daripada kawan dia, tapi itu tak boleh dijadikan bukti yang beliau betul2 sayangkan saudara. Ada ke boleh cakap “kalau lelaki tu tinggalkan dia, dia akan kembali kepada saudara”? Sepatutnya kalau dia sayangkan saudara, dia yg kena tinggalkan lelaki tu.. bukan tunggu lelaki tu tinggalkan dia.

Ustaz Love rasa dah cukup serius dah cadangan yg Ustaz Love cuba berikan ni. Selebihnya terpulang kepada saudara untuk digest dan fikirkan mana yg baik dan mana yg buruk.

Banyakkan ibadah sunat dan jagalah ibadah fardhu.. insyaAllah, bila kita dekat dengan Allah, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita sebagai selayaknya diterima oleh seorang kekasih daripada kekasih.

WA

Soal Jawab : Bekas Tunang Kembali Merayu

$
0
0

assalamualaikum.. saya harap ustaz love dapat jwp soalan saya nie..

2 tahun lepas saya telah bertunang tetapi beberapa bulan kemudian bekas tunang telah memutuskan pertunangan kami kerana ada lelaki lain..saya telah bertemu dgn seorang gadis..dan kami bercadang untuk berkahwin..masalahnya sekarang bks tunang merayu dan ingin kembali kpd saya..unutk pengetahuan ustaz saya pernah terlanjur dgnnya tetapi masa yang sama saya sgt sygkan teman wanita saya yang baru ni..saya tdk tahu siapa yang patut saya pilih.. lelaki serba salah….

~Anon.

Kalau betul dah sayang, takde alasan lagi untuk saudara berasa serba-salah atau serabut memikirkan kehadiran bekas tunang tersebut. Dia dah pilih jalannya dengan meninggalkan saudara dulu, jadi dia patut sedar diri akan kesilapannya.

Ada kesilapan yang boleh dimaafkan dan dilupakan. Tapi kebanyakan kesilapan cuma mampu untuk dimaafkan, dan sangat payah untuk dilupakan. Apatah lagi kesilapan yang melibatkan kecurangan. Sungguh pedih hati bila ditinggalkan. Yang meninggalkan itu biasanya tak rasa sangat.. tambah2 dia meninggalkan saudara sebab nak pergi kepada lelaki lain. Dah tentu takde sekelumit belas pun dalam hatinya meninggalkan saudara sebegitu rupa.. cewahh..

Katakan saja padanya.. “Yang sudah tu sudahlah.. Jangan ganggu hidup saya lagi.. Bukan saya yang meninggalkan awak dulu.. Padan dengan muka awak”.. Tapi yang ayat “Padan muka awak” tu tak payah la cakap depan2 dia.. cakap dalam hati sudah.. mati terkejut plak dia nanti.. kihkih.

Pada waktu ini, saudara patut fokuskan pada teman baru.. dan cepat2 berkahwin dengannya. Selagi saudara tak berkahwin, selagi itulah bekas tunang itu akan merasakan yang dia masih berpeluang untuk merebut saudara daripada teman wanita sekarang. Dan selagi tak berkahwin, selagi itulah saudara akan terasa yang saudara ni hot stuff sebab menjadi rebutan 2 orang wanita. Ditakuti yang ini pun saudara nak, yg itu pun saudara tak nak lepas.. Akhirnya saudara bakal mengecewakan perasaan mereka.

Ada ketikanya, sekalipun kita dah berterus-terang, ada juga jenis wanita yang tak nak terima penerangan kita.. dan terus memujuk merayu menggunakan air mata dan air hingus yang merupakan senjata ampuh yang selalu mencairkan hati lelaki.. lama2 nanti, kita pulak naik kesian dan akhirnya termakan pujuk rayunya. Seterusnya kita pun menerima beliau kembali dengan perasaan kesian.

Bila dah kawen, hilang perasaan kesian.. masa tu takkan kita nak biarkan beliau terkontang-kanting dalam hidup berumahtangga sedangkan kita dok serabut menyesali tindakan menerimanya kembali atas dasar kesian. Perasaan kesian tu sekejap je.. ia tak membantu keharmonian rumahtangga.

Kita kesian kat isteri.. maka bila kita tengok isteri penat menguruskan rumahtangga, kita pun rasa nak tolong.. tapi, bila kita tengok dia melepak2 depan tv layan Hindustan, kita plak nak naik angin.. sebabnya rasa kesian tu dah hilang.

Kalau kita menerima pasangan atas rasa cinta, maka kita akan berkongsi segala2nya.. baik kisah duka, kisah suka, kisah kelakar, kisah serius.. semua tu menjadi asam garam yang menyedapkan rencah kehidupan berumahtangga.

Jadi, saudara nilailah sendiri perasaan saudara. Adakah betul saudara sayangkan teman wanita sekarang, atau lebih sayangkan bekas tunang tersebut. Jika saudara sayangkan teman wanita sekarang, saudara putuskan terus hubungan dengan bekas tunang dan begitu juga sebaliknya. Namun, jika saudara nak terima bekas tunang itu atas dasar kesian (disebabkan saudara pernah berzina dengannya dulu), maka baik lupakan saja. Perhubungan atas dasar kesian ni kebiasaannya tak kekal lama. Bahkan boleh menyiksa hati saudara dan wanita tersebut.

Juga pedulikan saja perbuatan zina yg pernah saudara lakukan dulu.. jika saudara dah bertaubat nasuha, tak ada apa lagi yang saudara nak fikirkan.. sbb bukan saudara merogol bekas tunang tu.. sebaliknya sama2 rela berzina.. saudara bertanggungjawab atas perbuatan saudara dan dia juga bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri.. Tanggungjawabnya adalah bertaubat nasuha bersungguh2.

Saudara lakukanlah solat istikharah.. minta Allah tunjukkan pilihan yang terbaik. Mungkin juga bekas tunang itu lebih baik drp teman wanita sekarang.. Mungkin juga tidak.. Apa pun pilihan saudara, cepat2 la berkahwin. Jangan sampai kisah lama berulang kembali dek terikutkan sangat desakan nafsu.

WA

Soal Jawab : Kifarah Dosa Berzina

$
0
0

Ustaz sy terdapat beberapa kemusykilan untuk bertanya ustaz tentang pembayaran kifarah..kebiasaannya sy baca di blog2 kifarah dibayar samada melalui sedekah kpd org miskin atau berpuasa..bagaimana pula dgn pembayaran kifarah dosa zina?? Sy ade berjumpa dgn seorang ustzah,die menyuruh sy membayar kifarah dgn sekian2 bayaran..krn kifarah itu akn disedekahkan kpd pelajar2 tahfiz..dan dia ada mengatakan kpd sy sekiranya sy mengulangi perbuatan dan dosa silam sy,maka kifarah itu perlu dibayar semula..adakah cara itu benar mengikut hukum??untuk pengetahuan ustaz sy di dalam proses untuk menyucikan diri utk bertaubat dan ingin perbetulkan diri kembali ke jln Allah…sy harap ustaz dapat membantu sy..

~Anon.

Secara jujurnya, ini la kali pertama Ustaz Love berjumpa dengan persoalan kifarah zina ni. Sekalipun jika diterjemahkan dalam konteks tertentu, kifarah itu boleh juga dimaksudkan dengan denda, namun istilah kifarah itu tidak sesuai digunakan untuk hukuman terhadap perbuatan zina. Kerana perbuatan zina itu hukumannya adalah hudud (sebatan 100 rotan atau rejam sampai mati).

Jika nak dikaitkan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (yang tidak mengaplikasikan hukuman hudud dan qisas), kesalahan bagi perbuatan zina ini adalah denda tidak melebihi RM5000, atau penjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua2nya sekali (bagi negeri Kedah). Dan denda ini dibayar kepada mahkamah dan bukannya kepada anak yatim atau wakilnya.

Nyatalah Ustazah tersebut sedang melakukan pendustaan atas nama agama. Tergamaknya beliau mereka2 sesuatu yang tiada asasnya dalam agama semata2 untuk mendapatkan sedikit daripada keuntungan dunia. Apatah lagi perbuatan itu dilakukan  terhadap seorang yang bersungguh2 untuk bertaubat.

Perbuatan zina itu adalah dosa besar dan termasuk dalam hak2 Allah. Hukumannya kena ikut hukum yang diturunkan oleh Allah (hudud) dan pengampunan hanya layak diberikan oleh Allah. Jika hukuman bagi kes bunuh, masih lagi tertakluk dengan hak Allah dan juga hak manusia.. maksudnya, jika waris mangsa bunuh itu sanggup untuk mengampunkan si pembunuh, maka ketika itu gugurlah hukuman Allah (qisas) tetapi diwajibkan membayar diyat (gantirugi) tertentu kepada waris mangsa. Dalam kes zina, tiada istilah kifarah dengan wang atau senilai dengannya..dan waris juga tiada kuasa untuk memaafkan atau mengubahnya kepada hukuman yg lain selain daripada hudud yang telah ditetapkan Allah.

Sepengetahuan Ustaz Love, penebusan dosa melalui wang ni bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya ada dalam ajaran Kristian. Jika ia wujud dalam agama Islam (seperti dakwaan Ustazah itu), nyatalah ia merupakan ajaran sesat yang wajar dijauhi. Mereka biasa menggunakan alasan nak diberikan pada anak yatim, budak tahfiz, budak pondok dsb untuk menarik hati orang untuk mengeluarkan duit, padahal kifarah zina itu sendiri tak wujud dalam agama.

Seperti yang Ustaz Love jelaskan dalam entry2 sebelum ni, untuk bertaubat daripada dosa2 zina ini adalah dengan bertaubat nasuha. Tinggalkan terus amalan tersebut dan menyesal serta berjanji tidak akan melakukannya lagi.. berdoa sungguh2 kepada Allah agar diampunkan dosa dan perbanyakkan amalan kebaikan seperti solat sunat, membaca al-Quran, zikir, doa dsb. Tak perlu keluarkan duit untuk kifarah zina..

Pentingnya kita merujuk kepada ramai Ustaz dan Ustazah agar kita tak terjebak dalam amalan2 karut sebegini.. sebab kita cuma mampu menilai secara zahir (menilai janggut, kopiah, serban, jubah, tudung labuh dsb), sedangkan itu tidak melambangkan kesahihan ilmu yang ada pada mereka. Umat Islam tidak akan bersatu atas kesesatan.. pasti akan ada yang menentang kesesatan tersebut.

Beramallah dengan ilmu yang sahih.. belajar ilmu secara zahir (menghadiri kuliah, talaqqi dsb) dan tidak belajar ilmu agama yang diajarkan secara pelik dan tersembunyi. Dan rujuklah ramai alim ulamak agar kita tak tersalah dalam mengambil pendapat.

WA


Soal Jawab : Terbaca Rahsia Silam Ibu

$
0
0

saya anak kedua drpd 4 org adk beradik saya. walaupun sya memiliki adik, namun secara amnya, sya tahu dia bukn adik kandung sya. kerana saya prnh membaca peti msj di dlm handphone ibu saya, seorg lelaki ‘tentera’ pernh menyatakan ” tolg jga ank ank I elok2 ye, I sayg U”. sya percaya itu bukn msj drpd ayh sya. cara ayh sya menghnta msj kpd ibu sya berlainan drpd mmsj yg sya bce. sya juga tahu itu bukn nombr telefon ayh sya. walaubagaimanpun sya memg berhk diperslahkan kerana membaca msj ibu saya sesuka hati. ini kerana sya merasakn sesuatu yg disembunyikan oleh ibu sya drdp saya dan kakak kndg sya. hal ini tidk diketahui olh ayh sya. sya dan kakk sya menyimpn rahsia ini drpd saya berumur 11thun hinggilah sekrg sya sudh 17thun. sya rasa sya patut mengabrkan perkara ini kepada ayh sya, tpi sya takut kalau2 ibu bapa saya akn bergaduh besar, apa yg patut saya buat?

~gadis menderita.

Lama juga adik (cewahh) menyimpan rahsia ini ye. Kalau tanam pokok, dah boleh makan buah berkali2 dah. Tapi disebabkan saudari menyimpan perasaan, maka ia membuahkan rasa dendam dan tak puas hati. Alangkah baiknya jika saudari bertanya terus kepada ibu pada masa itu. Tapi, tak boleh juga nak salahkan saudari, sebab masa tu saudari masih kecil. Mungkin perasaan bercampur aduk antara takut kantoi (sebab membaca mesej di henfon ibu) dan tak boleh berfikir secara matang lagi. Mungkin akibat tak tertanggung menahan perasaan, saudari akhirnya keluar daripada kepompong penyimpanan dan cuba untuk menyelesaikan perkara ini.

Pada Ustaz Love, mesej atau tulisan itu boleh saja memberi seribu maksud. Alangkan kata2 manusia pun kerap disalah tafsir, apatah lagi tulisan dan teks yang tidak mempunyai intonasi dan tidak dapat memberi penjelasan panjang lebar atas kenyataan tersebut.

Sebelum saudari meneruskan hasrat untuk memberitahu sang bapa, saudari kena pastikan dulu kesahihan kenyataan saudari ini. Ini bukan perkara main2 yang boleh main gostan atau buat u-turn kalau tersilap. Apatah lagi dalam keadaan saudari sendiri tidak mempunyai bukti lain selain daripada sms yg saudari ‘pernah’ baca. Sudah lebih 6 tahun sejak peristiwa membaca sms tersebut. Kemungkinan besar sms itu telah dipadam dengan jayanya.

Sebelum Ustaz Love teruskan dengan permasalahan sebenar, Ustaz Love nak tarik sedikit perhatian pada perkara sampingan, iaitu berkaitan status ‘bukan adik kandung’. Jika adik saudari itu dijaga oleh ibu saudari dan bukannya dilahirkan sendiri oleh ibu (maknanya anak orang lain la), maka di situ jelas bahawa adik itu bukan adik kandung saudari. Tapi, jika dilahirkan oleh ibu saudari sendiri, ia adalah adik kandung saudari (sekalipun saudari yakin yang bapa saudari bukan bapanya). Pertalian antara saudari dengannya masih lagi sebagai adik beradik kandung seibu dan menjadi mahram dengan saudari (sekiranya beliau itu berjantina lelaki). Jadi, saudari kena betulkan kembali kefahaman saudari yang berkeyakinan bahawa adik itu bukan adik kandung semata2 disebabkan meragui status nasabnya dengan bapa saudari.

Masuk kepada persoalan sebenar..

Jika suatu masa dulu, saudari masih lagi belum matang untuk berbicara tentang isu ini, Ustaz Love yakin yang saudari sekarang ini dah cukup matang untuk berbincang mengenainya dengan ibu saudari. Apatah lagi dengan kehadiran kakak saudari yang dah tentunya 2x lebih matang daripada saudari. Fokus utama yang patut saudari fikirkan adalah bagaimana untuk berbincang dengan ibu tentang perkara ini dan bukannya berfikir macam mana nak bagitau ayah. Itu kemudian pun takpe.

Bila saudari dapat berbincang dengan ibu, insyaAllah, banyak perkara boleh diperjelaskan. Mungkin juga sms tersebut cuma sekadar gurauan daripada seorang kawannya (yg mungkin kita tak tahu dan tak kenal). Manusia ni bergurau banyak cara. Kadang2 sampai benda2 dalam kain pun diorang buat bergurau.. jadi, pakailah seluar di dalam kain..

Katakanlah, seandainya perkara itu tak benar (disebabkan kita salah faham) dan saudari terus menceritakan perkara ini kepada sang ayah, mungkin perkara yg saudari takuti itu akan berlaku. Saudari lebih kenal bagaimana perangai ayah saudari. Lelaki mahupun wanita masih mampu untuk menerima kelemahan dan kesilapan pasangannya, tapi bukan pada perkara yg berkaitan dengan kecurangan. Suami kaki judi, kaki botol, kaki busuk, kaki bangku dsb, isteri masih boleh terima dan bersabar serta berdoa agar suaminya itu berubah. Namun, kalau mengetahui yang suaminya itu berlaku curang, insyaAllah, perkara pertama yg akan keluar daripada mulut isteri adalah, “Awak ceraikan saya..”. Tak kira la curang tu bermaksud ada hubungan sulit (zina) ke, atau bernikah lain tanpa pengetahuan ke.. sbb istilah curang mengikut kefahaman isteri ini boleh ditafsirkan dengan macam2 tafsiran.. suami balik rumah lambat pun kadang2 dituduh curang, bawak masuk henset ke dalam jamban pun dituduh curang, tersengih sorang2 pun dituduh curang.. kiki..

Begitulah juga dengan suami.. isteri malas masak ke, isteri masak asam pedas tak letak belacan ke, isteri tak cukur bulu ketiak ke, isteri tidur berdengkur ke dsb, suami masih lagi boleh terima (walaupun selalu kena perli), namun bila diketahui isterinya itu ada hubungan sulit atau curang (tafsiran suami berkenaan curang itu satu je, iaitu bila isteri menjalin hubungan dengan lelaki lain, tak kira la hubungan cinta ke, hubungan badan ke), maka satu je yg akan keluar dari mulutnya, “Saya ceraikan awak..”.

Jadi, saudari kena fikir banyak kali sebelum mengambil keputusan untuk memberitahu ayah tentang perkara ini.

Jika terbukti selepas berbincang dengan ibu, ia hanyalah salah faham, maka saudari perlu meminta maaf kerana membaca mesej di telefonnya tanpa kebenaran dan perlu melupakan terus perkara ini. Saudari perlu percaya dengan zahir perkataannya, dan tak perlu nak bersangka2 sebaliknya.

Jika ibu mengiakan perkara tersebut, maka saudari perlu menasihatkan ibu agar berterus-terang dengan ayah yang adik saudari itu bukan anak kandung ayah (supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari melibatkan persoalan wali (jika adik itu seorang perempuan) atau tuntutan hak perwarisan harta). Setakat itu saja yang mampu untuk saudari bertindak. Biarkan ibu saudari selesaikan masalah rumahtangganya dengan ayah. Saudari jangan terlibat dalam masalah mereka dan berasa bahawa saudari berhak untuk masuk campur atas kapasiti sebagai anak kandung. Sebab jika mereka bercerai sekalipun, saudari masih lagi tidak putus hubungan sebagai anak kandung.

Apa yang banyak berlaku hari ni, anak2 berasa sangat berhak untuk campur tangan dalam urusan ibu bapa mereka, sehingga membuatkan mereka jadi serba-salah. Bila anak memilih pihak (sama ada untuk menyokong ayah atau ibu), maka mereka menjadikan pihak yg lagi satu itu sebagai musuh, sedangkan mereka tidak terlibat pun dalam urusan ibu bapa. Ayah nak kahwin lagi, anak2 yang sibuk dok tentang ayah sehingga sampai ke tahap menderhaka, kononnya atas alasan nak membela nasib ibu mereka. Dalam hidup ini, masing2 ada peranan masing2. Kalau anak sibuk nak suntik orang di klinik disebabkan bapanya itu seorang doktor, maka klinik itu akan bungkus dan mungkin juga lesen sang ayah akan digantung. Tapi, kalu masuk bab masalah keluarga sendiri, pandai plak cakap dengan mak ayah tak payah sibuk2 nak masuk campur.

Sebelum itu, saudari berbincanglah dengan kakak tentang cara terbaik untuk berbincang dengan ibu. Dua kepala lebih baik daripada satu kepala. Mungkin kakak ada buah fikiran yang bernas untuk dicadangkan. Nak berbincang dengan orang lebih tua dan lebih kita hormat (seperti ibu), bukan macam kita berbincang dengan kawan2 atau adik beradik. Kalau cakap2 kita menyinggung perasaan kawan2, mungkin kita sekadar berdosa dan boleh hilang dengan istighfar serta permohonan maaf kepada mereka. Sedangkan menyinggung perasaan ibu bapa, bukan setakat berdosa besar, bahkan mungkin masuk dalam kategori anak derhaka yang takkan mencium bau syurga. Jangan buat main2 bab menjaga hati orang tua ni.

Apa pun, saudari buatlah penilaian yg terbaik. Minta petunjuk daripada Allah melalui jalan istikharah. Saudari sendiri lebih memahami situasi keluarga saudari. Jika saudari fikir menyembunyikan perkara ini adalah lebih baik, maka lebih baiklah saudari sembunyikan (bukan bermaksud saudari buat2 tak tahu.. tapi seandainya ibu mengiakan perkara itu dan memilih untuk merahsiakannya dengan alasan yg wajar). Jika saudari melihat mudaratnya lebih besar (contohnya jika melibatkan masalah perwalian jika adik itu seorang perempuan) dan ibu masih lagi nak merahsiakannya, maka saudari boleh meneruskan keinginan saudari untuk memberitahu kebenaran ini kepada ayah saudari.

Apa juga keputusan yg saudari ambil, ia tetap punya risiko dan hikmah di sebaliknya. Banyakkan bersabar dan berdoa kepada Allah semoga ditunjukkan jalan yang terbaik untuk saudari lakukan.

WA

Soal Jawab : Ikut Nafsu Lesu, Ikut Rasa Binasa

$
0
0

Assalamualaikum ustaz…

Sya ingin meminta pandangan dan nasihat ustaz terhadap masalah yang saya hadapi. Saya telah berkawan dengan seorang sejak 5 thun yg lalu. Dalam jangka masa tersebut, dia ada meluahkan perasan bahawa dia ingin mengenali saya dengan lebih rapat lg. Tetapi saya tidak bersedia lagi untuk bercinta dengan sesiapa pada masa itu sebab saya ingin memberi lebih tumpuan pada pelajaran dan kerjaya. Sejak itu saya mula menjauhkan diri daripada dia namun masih mengekalkan hubungan sebagai kawan. Selepas beberapa bulan, hati saya mula terdetik untuk mengenali dia dengan lebih rapat sebab saya merasa bahawa ada sesuatu yang membuat hati saya tertarik pada dia dan pada tahun lalu saya mengambil keputusan untuk memberitahu dia. Namun, saya terlambat dan tidak kesampaian untuk meluahkan isi hati saya kerana dia telah pn berkahwin. Saya merasa sangat sedih dan kecewa kerana saya mempunyai rs syg yg amat sgt terhadap dia dlm diam. Saya tidak sangka benda mcm ini akan terjadi. Namun Allah maha merancang dan saya kuatkan hati dan saya gembira kerana dia telah berkahwin dgn seorang yg baik.

Selepas itu, Ntah kenapa saya tidak boleh mnyembunyikan perasaan syg pada dirinya dan saya bertindak untuk meluahkan perasaan kepadanya. Sejak itu, kami mula rapat balik. Dia menyesal kerana terburu2 dlm membuat keputusan utk berkahwin kerana dia rasa wanita tersebut tidak seiring denganya. Tapi sebagai seorang suami dia tetap menjalankan tanggungjwb dan tidak mengabaikan isterinya sama sekali. Pada masa yg sama, dia sgt menyayangi saya. Ntah dimana kesilapan kami, kami lalai dengan godaan syaitan sehingga terlanjur. Saya sedar saya telah melakukan kesalahan dgn mnjalinkan hubungan dgn suami org dan dia juga mnyesal dengan perbuatan ini. Kami tidak tahu apa yang patut kami lakukan. Demi Allah, saya terlalu menyayanginya dan dia pn mempunyai perasaan yg sama. Saya tidak sanggup untuk meninggalkannya dan Saya ingin menjadi yg halal untuknya dan dia juga inginkan perkara yg sama tetapi dia tidak berani untuk memberitahu hal ini kepada isterinya kerana takut dia akan meminta cerai. Dan dia juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku. Dia inginkan saya tetapi dia buntu dan tidak tahu cara untuk memberitahu isterinya mengenai hal ini. Saya sangat terdesak dan bimbang mengenai perkara ini kerana ia membabitkan hidup saya. Masing2 inginkan perkara yg baik berlaku namun tidak tahu cara untuk memberitahu isteri dan keluarganya mengenai hal ini. Saya tidak pernah berhasrat untuk merosakkan rumah tangganya dan saya hanya mahu untuk menjadi sebahagian daripada hidupnya. Saya risau dan ingin meminta pandangan dan nasihat ustaz bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik.

~sha.

Kebaikan tidak akan didapati melalui cara yang tidak baik. Dan sangat susah untuk memperbaiki apa yang rosak berbanding memulakan sesuatu yang baru.. kerana sekalipun kerosakan itu telah diperbaiki, ia tetap tidak akan sama seperti dulu lagi. Sebab itu kalau nak baiki jalan, kena turap tar yang baru. Itu lebih mudah dan murah berbanding menampal jalan yang akan berlubang berkali2 dan akan meningkatkan kos penyelenggaraan.

Dalam kes saudari ni, isu nafsu memainkan peranan yang penting sehingga menghilangkan kewarasan akal untuk berfikir. Jika saudari dan lelaki itu dapat mengawal nafsu, insyaAllah, saudari akan punya masa untuk berfikir.. sebab perbuatan zina itu bukan berlaku secara automatik dan tak mampu dielakkan, sebaliknya ia memerlukan usaha untuk berlakunya perzinaan itu.

Pada pandangan Ustaz Love, saudari mungkin mengalami satu keadaan yang dipanggil ‘mengkelan’ (dalam bahasa Kedah) atau ‘ralat’ dalam bahasa standard. Saudari rasa ralat dengan diri sendiri disebabkan menolak lamaran lelaki tersebut suatu ketika dulu sehingga saudari rasa perlu menebusnya, dan bila sampai ke kemuncaknya, berlakulah perzinaan. Lelaki itu rela je berzina sebab kerosakan tak berlaku pada dirinya, sebaliknya saudari la yang akan menanggung kerosakan yang besar akibat zina ni. Hilang dara, itu dah pasti.. hilang maruah dan harga diri, hilang keyakinan diri, hilang waras dsb.

Bila dah berzina, ia takkan berhenti setakat tu saja.. perbuatan dosa ini, seperti kebanyakan perbuatan dosa yg lain (spt berjudi, minum arak, menagih dadah dsb) akan sampai ke satu tahap iaitu menjadi gian. Bila dah gian, sehari tak dapat, otak dah tak dapat nak memikir, akal hilang kewarasan, hormon jadi tak seimbang.. akhirnya terjebak dalam perbuatan tersebut untuk sekian lama.

Apa pun yang saudari rancangkan, saudari perlu memulakannya dengan bertaubat nasuha atas perbuatan zina itu. Sepatutnya saudari kena lebih takutkan azab akibat melakukan zina daripada terlalu memikirkan persoalan nikmat perkahwinan. Kalau esok saudari dah rancang untuk bernikah, tapi hari ni saudari dah jadi arwah, apa hasilnya? Jadi, nasihat Ustaz Love, saudari lupakan dulu soal nak kawen tu.. saudari fokuskan pada taubat.. banyakkan istighfar dan banyakkan bersedekah.. sehinggalah saudari dah dapat mengawal nafsu dan perasaan, maka ketika itulah baru saudari fikir untuk membuat perancangan.

Saudari punya pilihan untuk berusaha, tetapi saudari kena yakin bahawa Allah itulah penentunya. Jangan sampai tenggelam dalam usaha saudari untuk berkahwin dengan lelaki tersebut, sehinggakan saudari menjadikannya matlamat hidup. Itu yang menjadi masalah kebanyakan pasangan bercinta, yang bercinta sehingga melupakan Allah dan batasan agama.. akhirnya, bila dah putus hubungan, nyawa beliau juga cuba nak ditamatkan.

Bila saudari perhati dalam2 kes ni, saudari akan nampak yang lelaki itu sebenarnya bukanlah bersungguh2 pun untuk mengahwini saudari. Jika betul beliau bersungguh2, beliau akan memulakan langkah ke arah itu (tak kira la sama ada di mendapatkan persetujuan isteri untuk berpoligami, ataupun bernikah di sempadan ke) dan bukannya dok diam2 lepas tu cakap “takut isteri mintak cerai”. Orang yang duduk diam dalam rumah mak ayah, kemudian bercakap dengan orang sekeliling betapa susahnya nak mencari kerja, maka orang itu bukanlah bersungguh2 nak bekerja, sebaliknya cuma memberikan alasan sebab beliau dah selesa dengan cara hidup macam tu.

Pilihan ada di tangan saudari.. sama ada nak drag masalah ni sampai tua, ataupun nak putuskan masalah ni dan bina kehidupan yang baru. Saudari jangan buang masa menunggu lelaki yang takde pendirian. Kalau dia dah kata yang isterinya itu tak sefahaman dengan dirinya, kenapa beliau perlu takut kalau isterinya meminta cerai? Bukankah itu lebih memudahkan hidupnya dan juga hidup isterinya? Nyatalah, ada sesuatu yang beliau sembunyikan dan apa yg keluar daripada mulutnya itu adalah semata2 ayat2 manis untuk menawan hati saudari.

Ustaz Love bukanlah nak suruh saudari putuskan hubungan dengan lelaki itu. Ustaz Love cuma bagi pandangan. Bagi Ustaz Love, saudari tak perlu menjadi tua dengan menghabiskan masa memikirkan macam mana nak selesaikan masalah yg susah untuk diselesaikan. Saudari memang la tak kisah nak jadi madu sbb bukan saudari yang dimadukan. Kita tak kisah sangat nak menumpang kat rumah orang, tapi kita mungkin akan kisah kalau orang nak menumpang di rumah kita. Sebab itu nak berkahwin 2 itu lebih susah daripada nak berkahwin 3, sbb susahnya nak minta izin isteri pertama.

Saudari kena bertegas.. jangan biarkan perasaan cinta dan sayang saudari itu menghanyutkan diri saudari daripada realiti kehidupan. Beri kata dua kepada lelaki itu sama ada untuk berkahwin, atau putuskan saja hubungan. Jika beliau masih memberi alasan, saudari dah boleh start packing barang dan berambus daripada hidupnya. Ramai lagi lelaki yg baik di luar sana sedang menunggu saudari untuk menjadi jodohnya.

Semoga Allah beri kemudahan kepada saudari untuk membuat keputusan. Jangan tersilap pilih, kelak menyesal sepanjang hayat.

WA

Soal Jawab : Berzina Dengan Abang Ipar

$
0
0

assalamualaikum…

saya disini ingin bertanya saya telah membuat perhubungan dengan abang ipar saya sendiri iaitu ababg kepada suami saya, dan saya telah mengandung, saya dan suami saya sering ada masalah tidak sefahaman tetapi suami saya maseh tetap menyayangi sya dan tidak mahu melepaskan saya kerana saya mempunyai tiga orang anak.. disini bagaimana kah harus saya buat… kerna teman lelaki saya sangat menyintai saya begitu juga saya dan kami mahu hidup bersama…sehingga teman lelaki saya hendak merancang membawa saya jauh dri semua keluarga iaitu berhijrah dinegeri orang dan menetap dsana, kerana saya sangat nyaman bersamanya dan senang disampingnya saya sanggup meninggalkan anak dan suami saya serta semua kaum keluarga saya yang sangat saya sayangi. kami jarang berjumpa cuma sering berhubung lewat sms dan telefon saja untk bertanya khabar dan ada peluang kamimakan berjuma tapi tidak selalu dan kami ada melakukan hubungan sex sebanyak dua x tapi saya menyesal akan tetapi saya tetap mahu hidup bersama teman lelaki saya. apakah jalan yang harus saya ambil dan saya sangat berharap dapat pertolongan dan nasihatbyang sangat baik untk saya supaya saya boleh mengambil jalan yang sangat dituntut agama. sekian terima kasih.

~ismawati.

Kalau puan nak ambil jalan yang sangat dituntut agama, Ustaz Love rasa puan sendiri dah tau apa yang perlu puan lakukan. Kalau puan tahu perbuatan puan berzina dengan abang ipar itu merupakan suatu kesalahan, sudah tentu puan sendiri memahami bahawa perbuatan zina itu adalah dosa yang sangat besar di sisi Allah. Tidaklah ada jalan yang lebih baik daripada apa2 pun jalan sama ada jalan highway apatah lagi jalan kelapa sawit, melainkan jalan taubat.

Tapi macam mana puan nak bertaubat kalau puan sendiri belum berhasrat untuk meninggalkan punca kepada perbuatan zina tersebut? 2x berzina bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan. Jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia ni, puan boleh direjam sampai mati dulu sebelum puan boleh berangan2 untuk meneruskan hidup dengan pasangan sulit puan itu. Itu baru hukuman di dunia, belum lagi hukuman yang menanti golongan penzina di hari akhirat nanti. Jadi, Ustaz Love tak nampak di mana jalannya puan menyimpan angan2 yang agak panjang sedangkan puan masih lagi terlibat dengan dosa itu (sekalipun puan sudah meninggalkan perbuatan zina, namun berhubungan dengan lelaki lain itu juga sudah boleh dikira curang dan derhaka).

Itu baru cerita pasal hubungan terlarang puan dengan abang ipar.. belum masuk lagi cerita pasal anak luar nikah yang puan kandungkan itu. Puan pernah fikirkan apa nasibnya selepas dilahirkan nanti? Bagaimana dengan nasabnya, yang tidak boleh dibinkan dengan nama suami puan.. beliau tak boleh mewarisi harta suami puan.. kalau beliau perempuan, beliau tak boleh berwalikan suami puan.. dan mungkin beliau akan dihina oleh masyarakat disebabkan perbuatan puan yang langsung tak berfikir panjang itu? Kalau puan ada masa, puan bacalah beberapa luahan mereka yang bergelar anak luar nikah, betapa peritnya kehidupan mereka yang disisihkan masyarakat walaupun mereka tak melakukan apa2 pun kesalahan berkaitan zina.

Puan kena sedar bahawa perbuatan puan menjalinkan hubungan haram ini adalah berdosa besar. Puan jangan jadikan alasan tak ada persefahaman sebagai tiket untuk melakukan kecurangan terhadap suami. Suatu masalah yang diselesaikan dengan mencipta masalah yg lain tidaklah akan mengurangkan masalah yang lalu, sebaliknya bakal menambah masalah baru yang lebih rumit. Kalau betul perkahwinan puan bermasalah, selesaikan dulu masalah itu. Usahakan sampai selesai. Bila puan dah solo nanti, ikut suka puan la nak nikah dengan abang ipar ke, dengan suami orang ke, dengan anak laki mak tiri orang ke.. masa tu memang takde masalah dah. Ini puan masih lagi isteri orang, menjalin hubungan dengan orang lain yang merupakan orang terdekat lagi, berzina lagi, mengandung anak luar nikah lagi, nak kahwin lari lagi, nak tinggal anak2 lagi.. puan boleh kira berapa banyak masalah yang telah dan bakal puan ciptakan semata2 untuk memenuhi satu keinginan puan iaitu untuk hidup bersama teman lelaki.

Puan kena matang dalam berfikir, barulah tindakan yg puan ambil akan menunjukkan kematangan. Orang yang selalu terburu2 nak ikut nafsu ni biasanya budak2 remaja yang belum habis sekolah je. Puan dah ada anak 3 dah, takkan nak jadi macam budak remaja tak matang juga? Buat dulu apa yang rasa nak buat, fikirkan kemudian apa akibatnya. Sekurang2nya budak2 remaja tu kalau dah kembali ke pangkal jalan, mak ayah diorang akan terima balik. Kalau puan buat kesilapan ini dan meninggalkan 3 orang anak semata2 nak ikut 1 orang lelaki, puan rasa bila anak2 dah besar nanti diorang boleh terima ke tindakan puan ni?

Puan boleh bersangka baik yang puan mungkin boleh bahagia dengan lelaki itu.. tapi percayalah, tidak ada yang baik jika permulaannya sendiri dah salah. Kalau puan dah tersalah arah sejauh 1 meter daripada permulaan perjalanan, percayalah puan bakal tersasar beratus ribu kilometer jauhnya nanti kecuali puan kembali ke pangkal jalan dan membetulkan arah dari awalnya. Mulakan dengan niat yang betul dan dengan cara yang betul, insyaAllah puan akan dapat natijah yang betul.

Jika puan tanyakan terus-terang pada Ustaz Love, Ustaz Love sama sekali tidak setuju dengan tindakan yang puan nak ambil. Nasihat Ustaz Love, puan selesaikan dulu masalah perkahwinan puan. Dah selesai yang itu, baru mulakan langkah yang lain. Banyak lagi cara nak memutuskan ikatan perkahwinan, bukan semata2 mengharapkan lafaz talak daripada mulut suami saja. Pergi ke pejabat agama dan hadiri kaunseling. InsyaAllah, selepas itu puan akan mendapati betapa banyak jalan penyelesaian bagi masalah puan terbentang luas di hadapan.

Berani buat berani tanggung. Nak berak pun kena mencangkung, apatah lagi nak menyelesaikan beban yang sedang ditanggung.

WA

Soal Jawab : Kekasih Mendakwa Dirogol

$
0
0

Assalamualaikum w.b.t

1st yg sy nk bgtau, yg sy ni blh terima dia seadanya samada dara or x..asalkn kena dgn situasi dan keadaan yg dilalui seorg pmpuan ni..juga dia dh brtaubat.. Sy x pnah brzina, dan brgaul melampaui batas..tp sy ditemukn dgn wanita2 yg tiada dara.. Ini kisah hdup sy..

pd masa dlu sy pnah brkwn dgn seorg pmpuan ni, stelah lama brkwn akhirnya kami sama2 jtuh cinta, pd masa itu sy lnsung x brtanyakan soal daranya krna sy x brapa kisah sgt walaupun sy ni x pnah lansung melakukn zina..pd suatu hari sy br’sms dgn dia, dgn tiba2 dia menceritakan ttg daranya..pdhal sy x tnya pun dan x pnah brtanya ttg itu sblm ni..bg sy mungkin dia sygkn sy dan x sggup merahsiakannya dari sy..katanya dia pnah dirogol tnpa kerelaan..sy katakn yg sy trima asalkn dia tdk cuba melakukan maksiat dgn sengaja dan jagalah maruah diri..dia sgt gmbira dan brterima kasih pd sy..tp stelah beberapa tahun brcinta (dlm masa beberapa thn tu kami mmg jarang brjumpa) sy dgr cerita yg dia tlh keluar dgn lelaki lain, buktinya dia mngaku dan dia juga mngaku dia byk menipu sy soal kesetiaan dia kat sy..sy blh terima dia x ada dara tp sy x blh trima klau dia menipu dan curang dgn sy. Akhirnya sy putuskn hubungan wlaupun dia mtk sy berikn peluang.

Kisah 2nd: X perlu sy pnjangkn crita, gadis kedua ini cinta sy, juga menceritakan ketiadaan daranya wlaupun sy x pnah brtanya..krna syg mungkin? Kisah yg sama dia juga dirogol tnpa kerelaan..yg mmbuatkn sy prcaya krna dia mnceritakn di dpn mata sy dgn air matanya yg mngalir tnpa di buat2..sy trima krna bkn kehendak dia nk jd mcm tu..asalkn dia jujur dan x akn cuba2 nk melakukn maksiat..sy trima, wlaupun pahit utk ditelan, sy gagahi jgk..brtahun sy brcinta dgn dia dan skrg kami sudah brtunang..dia x pnah curang, dan susah senang brsama… Tp kdg2 ade jgk prselisihan hgga mmbuatkn kami brtengkar..kesabaran sy sbgai lelaki diuji hgga ke tahap maksimum..tp gduh pun habis kat situ je, x brpnjangan..

Soalan sy : ‘Lelaki yg baik utk pmpuan yg baik, lelaki jahat utk pmpuan yg jahat’. So bagaimana dgn situasi sy ni ustaz? Adakah ni balasan dari dosa2 sy? Sy juga x mnyalahkn takdir.. Boleh bg tips utk sy hadapi masa depan nanti? Terima Kasih

~Confiusman.

Cerita wanita mendakwa dirogol ni kebanyakannya memang cliche, sukar nak dibuktikan kebenarannya disebabkan hanya beliau dan sang perogol itu saja yang mengetahuinya. Satu2nya bukti yang boleh beliau kemukakan adalah sewaktu membuat hubungan suami isteri kali pertama nanti (tak kira la malam pertama ke, pagi pertama ke, tengahari pertama ke). Ada beza seorang wanita yang masih berdara atau tidak berdara iaitu dengan pembuktian berdarah.. kiki..

Alasan ini kadang2 digunakan secara meluasnya di kalangan wanita (termasuk mereka2 yang pernah berzina, terlanjur, terlacur dsb) walaupun perbuatan mereka itu bukan disebabkan paksaan. Namun, disebabkan ingin menunjukkan diri itu sesuci embun pagi, maka direka alasan mereka pernah dirogol dsb untuk meraih simpati sang lelaki yang jujur dan bendul.

Ada di kalangan lelaki2 yang jujur ini tak nak pun mengetahui kisah silam pasangannya. Bagi mereka, mereka menerima seadanya pasangan mereka tanpa perlu membangkitkan perkara lalu yang tiada kaitan dengan mereka. Namun yang menjadi masalah bila sang wanita itu masih lagi meneruskan aktivitasnya yang suka melakukan zina (pendek kata belum bertaubat la) dan mengakibatkan tekanan di pihak lelaki (teman lelaki atau suaminya). Masa itu baru terbukti akan kebenaran kata2nya itu sama ada beliau kehilangan dara disebabkan rogol atau memang beliau suka berzina.

Ada juga di kalangan wanita yang trauma akibat dirogol, akhirnya menganggap dirinya dah tiada maruah lalu meneruskan aktiviti zina sehingga ia menjadi suatu keseronokan baginya. Ini pun salah satu masalah juga bila kita memahami secara salah bahawa dara itu penunjuk aras kepada kesucian dan maruah seorang wanita. Sebab itu kalau kita tengok filem Tamil, wanita yang dirogol lebih rela mati daripada menanggung malu, sebab pegangan agama mereka menyatakan bahawa dara itu adalah petanda kesucian.. sedangkan dalam agama kita, maruah dan kesucian seorang wanita itu langsung tiada kaitan dengan dara.. seorang wanita yang masih ada dara tapi selalu ringan2 dengan pasangannya itu dikira tidak bermaruah, berbanding seorang wanita yang dirogol dan kehilangan dara dalam rumahnya sendiri.

Berbalik kepada persoalan saudara ni..

Setiap orang itu akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Walaupun berbuih mulut kita mengeluh tak sanggup menanggung ujian yang maha berat ni, tapi Allah sebagai Pencipta kita lebih mengetahuinya kemampuan kita. Alangkan seorang ibu yang cuma melahirkan anak pun cukup masak dengan sifat dan perangai anaknya, apatah lagi Tuhan yang menciptakan ibu dan anak tersebut. Ada ujian yang Allah berikan untuk menghapuskan dosa2 kita, ada ujian yang Allah berikan disebabkan dosa2 yang kita lakukan (bala’) dan ada ujian yang Allah berikan untuk menaikkan darjat kita.

Kita tak mampu nak bersangka baik dengan diri kita dengan menyatakan bahawa kita ni dah cukup baik dah, kenapa nak kena hadapi ujian berat macam ni? Memang kita bukan seorang penzina, tapi kita diuji dengan pasangan yang pernah berzina atau dirogol supaya kita dapat membantu mereka, ataupun mungkin nak mencuci karat hati kita yang memandang hina kepada mereka2 yang tiada dara, ataupun untuk menghapuskan dosa2 kita yg lain yang tak berkaitan pun dengan isu zina dan rogol. Sebab tu dalam surah al-’Ankabuut ayat 2, Allah bertanya dan mencabar manusia yang menyatakan mereka sudah beriman, sedangkan mereka belum lagi diuji.

Untuk kes yang pertama, saudara anggap saja ia ujian dan pengajaran hidup buat saudara agar lebih berhati2 dalam memilih pasangan. Jangan ikutkan sangat perasaan.. kerana perasaan itu lebih mudah jatuh disebabkan simpati berbanding cinta. Untuk jatuh cinta, memerlukan banyak sebab untuk diperhatikan, tetapi untuk jatuh simpati, cuma memerlukan satu saja sebab.. sebab ia fitrah manusia yang baik. Tak salah untuk berasa simpati, tetapi berhati2lah agar kita tak dipergunakan atas dasar simpati.

Kes kedua tu, Ustaz Love tak pasti sama ada beliau betul2 dirogol atau beliau terlanjur (berzina) sebelum ni. Namun, kita tak dituntut untuk mengetahui rahsia silam beliau. Beliau mungkin ikhlas nak berlaku jujur kepada saudara (walaupun caranya silap dengan menceritakan aib tersebut). Jadi, saudara hargailah kejujurannya. Menurut penerangan saudara, beliau seorang yang setia dan sanggup susah dan senang bersama. Bukan mudah nak mencari wanita sebegitu pada zaman materialistik plastik sekarang ni. Hargailah beliau sebaiknya. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Bergaduh dengan pasangan itu perkara biasa.. apatah lagi dalam tempoh bertunang.. tetapi, bergaduh setakat tu je dan tak memanjang2kan pergaduhan itu perkara luar biasa. Tak semua orang mampu nak buat macam tu.. Ustaz Love sendiri kalau bergaduh dengan kucing pun makan masa jugak nak berbaik.. kiki

Pada pandangan Ustaz Love, tunang saudara sekarang ini adalah yang terbaik buat saudara. Saudara mungkin tak berapa nampak sebab kurang memerhati. Namun, jika saudara memerhati kebaikan2 yg beliau ada, nescaya saudara akan mendapati betapa bertuahnya saudara mempunyai teman seperti beliau. Di saat pasangan lain bergelut dengan isu kesetiaan, saudara dah dapat seorang wanita yang setia dan sanggup hidup susah bersama saudara. Ustaz Love percaya, katakanlah sekalipun beliau pernah berzina dan bukan dirogol seperti yang didakwa, ternyata beliau telah bertaubat.. sebab antara tanda2 seseorang itu telah bertaubat adalah beliau meninggalkan terus perbuatan maksiatnya. Tapi mungkin juga benar dakwaan beliau yang beliau dirogol, sebab seorang yang dirogol biasanya takkan mengulangi perbuatan itu, sebaliknya hanya penzina yang belum bertaubat saja yang akan melakukan perbuatan zina berulang kali.

Ustaz Love rasa dah terjawab kot persoalan saudara.. saudara seorang lelaki yang baik, dan teman saudara juga seorang wanita yang baik.. jika saudara masih ragu2, lakukanlah istikharah.. semoga Allah menunjukkan kepada saudara pilihan yang terbaik untuk saudara lakukan.

WA

Soal Jawab : Kesian Lelaki Itu!

$
0
0

Assalamualaikum ustaz,

Saya berusia 30 tahun, belum berkahwin dan bekerja sebagai pramugari. Saya mempunyai seorang teman lelaki berusia 26 tahun. Kami tinggal serumah selama 3 tahun.

Saya pernah terfikir nak berubah tapi selalu kalah dengan nafsu dan harapan nak berubah hilang. Tapi setelah pemergian arwah ayah, hati saya meronta-ronta untuk bertaubat, sebab saya kesiankan arwah diazab atas dosa-dosa saya. Lagipun kerja saya amat dekat dengan kematian dan saya takut mati dalam keadaan kufur. Saya perlahan-lahan muhasabah diri dan menolak ajakan teman lelaki untuk berzina, dan baru-baru ini saya nekad untuk bertaubat. Saya niatkan perubahan kerana Allah. Saya jauhkan diri dari teman lelaki. Dia menyokong perubahan saya. Dia juga dah start solat tapi kerana darah mudanya, dia masih cuba-cuba nak mengajak saya berzina. Saya dah tiada keinginan itu kerana saya benar-benar takut dengan azab Allah.

Teman lelaki masih tak cukup duit untuk berkahwin, walau berkali saya minta menghalalkan perhubungan kami. Sekarang saya dah tegaskan pada dia saya tak nak lagi melakukan maksiat. Cuma kami masih lagi serumah sebab saya kesiankan dia. Dia cakap saya kejam kalau tinggalkan dia mcm tu saja setelah macam-macam dia buat untuk saya. Dia mempunyai ilmu agama yang baik, cuma saya tak tau kenapa dia tak dapat menilai dosa berzina ini sangat besar. Kalau saya nasihatkan dia, dia tak boleh terima sebab menganggap saya cetek ilmu agama.

Sekarang saya telah membataskan pergaulan saya dengan dia. Jika tak bekerja saya akan habiskan masa membaca buku-buku agama dan Al-Quran. Saya merasa tenang sangat, cuma saya keliru, adakah Allah menerima ibadah saya sebab saya masih serumah dengan teman lelaki walau tiada lagi zina? Adakah patut saya meninggalkan dia? Tidakkah saya menganiaya dirinya? Boleh ke dia dan yang lain terima alasan saya melakukan ini kerana Allah? Boleh ke kami tinggal bersama walaupun berasingan bilik? Saya buntu dan perlukan jawapan dari ustaz. Terima kasih.

~ Jass.

Dalam al-Quran, Allah menyatakan,

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan (yang membawa kerosakan)”. (al-Israa’ : 32)

Allah bukan setakat melarang berzina, bahkan melarang kita untuk melakukan perbuatan yang boleh menghampiri kepada perbuatan zina. Salah satu perbuatan yang boleh menjebakkan seseorang dengan perbuatan zina adalah khalwat dan berdua-duaan. Dan itulah situasi yang dialami oleh saudari sekarang ini.

Setiap orang punya kekuatan sendiri untuk meninggalkan perbuatan yang mungkar sekiranya tidak diuji dengan perbuatan tersebut. Bukan semua orang lepas dalam menghadapi ujian. Para agamawan sekalipun, belum tentu terlepas daripada ujian nafsu sekiranya mereka diuji. Sebab itulah, mereka sedaya upaya cuba menjauhkan diri daripada terlibat ataupun menghampiri sesuatu perkara yang boleh menjebakkan mereka ke dalam perbuatan maksiat.

Dalam keadaan saudari berkhalwat, tetapi telah mampu menjaga diri daripada melakukan perzinaan sekalipun dipujuk dan dirayu, menunjukkan saudari mempunyai kekuatan dan keazaman untuk bertaubat dan meninggalkan perbuatan zina tersebut. Namun, situasi saudari adalah seumpama telur di hujung tanduk, atau seumpama meniti di atas tali yang halus. Bila-bila masa saudari boleh terjatuh kembali ke lembah perzinaan sekiranya pada masa itu iman saudari sedang dalam keadaan lemah (iman manusia biasa seperti kita ini biasa naik dan juga turun).

Jadi, jalan yang selamat adalah saudari menghalau punca maksiat itu keluar daripada rumah saudari. Jangan pernah kesiankan seseorang dalam perkara maksiat. Utamakan perintah Allah daripada perasaan saudari terhadap lelaki itu. Dia seorang lelaki, campak di tepi jalan pun dia boleh hidup. Dia bukannya baby yang langsung tak boleh berikhtiar.

Jika saudari nak berkahwin dengan beliau pun, sewajarnya saudari berfikir sedalam-dalamnya. Jenis lelaki macam itukah yang saudari mahu jadikan pembimbing dan menjadi bapa kepada anak saudari suatu masa nanti? Kalau betul beliau pandai bab agama ni, beliau akan tahu betapa besar dosanya zina itu dan juga berterusan dalam perbuatan khalwat. Dan juga beliau nampaknya terlalu ego untuk menerima nasihat daripada orang yang yang dianggap kurang beragama.

Jika beliau serius untuk memperisterikan saudari, duit tidak akan menjadi penghalang. Besar mana sangat majlis yang nak dibuat itu? Setakat nak selesaikan bab akad nikah dan prosedur jabatan agama, RM200 pun dah cukup dah untuk bernikah. Dalam usia saudari yang sudah semakin lanjut ini, saudari sudah tidak punya banyak masa untuk dibuang dengan lelaki jenis ini. Kalau ikutkan akal yang waras, sepatutnya saudari singkirkan saja beliau dari hidup saudari kerana beliau sekarang ini bertindak seumpama parasit yang mengambil kesempatan ke atas saudari. Bayangkan kalau beliau dah jadi suami saudari nanti, macam mana pula lagaknya.

Apa pun, saudari kena mulakan langkah secara bertahap. Ibadah takkan memberikan kesan yang maksimum, selagi kita tak meninggalkan maksiat. Saudari kena singkirkan dulu punca maksiat dan dosa iaitu lelaki itu daripada rumah saudari, selepas itu barulah saudari akan merasai ketenangan dalam beribadah. Soal saudari nak berkahwin dengan beliau atau tak, itu dah jadi persoalan yang kedua. Banyakkan istikharah dan berdoa semoga Allah memberikan petunjuk kepada saudari dalam memilih jalan yang betul.

Pilihlah jodoh yang baik dengan cara berusaha menjadi seorang yang baik. Jangan mengharapkan seorang yang jahat menjadi pembimbing kita untuk menjadi baik.

WA

Viewing all 13 articles
Browse latest View live